Showing posts with label QuOteS. Show all posts
Showing posts with label QuOteS. Show all posts

Wednesday, January 2, 2013

JaNgAn!



#Peringatan untuk diri sendiri dan yang membaca.

Monday, November 19, 2012

AkU GaDiS BiaSa


Rapuh


rapuh..
suke sangat dengar lagu nie
boleh buat hati jadi tenang kalu tengah serabot tue
biasa la aku nie cpt sikit emosinya bercelaru padahal benda kecik je pun..
pehal pulak share ttg lagu nie kan 
tapi seriusly sebagai manusia yang yang jiwanya mudah berubah sangat rapuh hati kita
mudah sangat kita terbabas dari landasan yang sepatutnya kita lalui
sebab kerapuhan hati kita juga macam-macam masalah berlaku sekarang.
kes rompakan kerana inginkan kekayaan yang mudah.
kes buang bayi kerana ingin buktikan cinta
kes bunuh diri akibat tekanan kehidupan
kes pembunuhan yang berleluasa kerana inginkan kuasa
semuanya bermula dari hati kerapuhan hati kita pada pencipta kita.
semoga kita semua mampu mengubati hati-hati yang bermasalah ini dalam diri kita sendiri..

Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka
Tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan
Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata
Ku persembahkan kepadaMu
Yang terindah dalam hidupku

Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMu
Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaiMu
Dalam dada ku harap hanya
Dirimu yang bertakhta
Detik waktu terus berlalu
Semua berakhir padaMu

Thursday, November 15, 2012

BetWeeN TrUtH N LiE


HaNyA KitA




Bukan kerana hari ini INDAH, kita BAHAGIA
tapi kerana kita BAHAGIA hari ini menjadi INDAH

Bukan kerana tidak ada RINTANGAN kita menjadi OPTIMIS
tapi kerana kita OPTIMMIS RINTANGAN menjadi tak terasa

Bukan kerana MUDAH kita YAKIN kita BOLEH melakukannya
tapi kerana kita YAKIN BOLEH, maka semuanya menjadi MUDAH

Bukan kerana semua BAIK kita TERSENYUM
tapi kerana kita TERSENYUM, maka semua mnjd BAIK

Tidak ada hari yang menyulitkan kecuali kita SENDIRI yang membuatnya SULIT

KeiNGinAnKu




kuinginkan hidupku seperti matahari memberi sinar cahaya walaupun ramai yang membenci kepanasan..

kuinginkan hidupku seperti bulan walaupun siangnya aku ada tetapi kehadiranku tidak dipedulikan sehingga malam tiba aku menjadi penyuluh kegelapan..

ingin juga aku menjadi seperti bintang menjadi penghias malam dan memberi kebahagiaan pada mereka yang putus harapan..

tidak lupa juga pada sang awan kuinginkan hidupku sepertinya menjadi pelindung pada mereka yang kepanasan....

kuimpikan diakhir hidupku tiada sekelumit benci dihati orang-orang yang aku sayang dan aku hanya meninggalkan kenangan-kenangan indah buat mereka..

tapi sayang aku bukan sesempurna bumi yang mengandungi segalanya yang manusia perlukan..

Saturday, June 23, 2012

...TEMAN...

TEMAN..


“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”




apakah ciri sahabat yang baik?? IKUTI PESAN AL QAMAH (SAHABAT RASULULLAH S.A.W.) kepada anaknya.

“Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut.”


  1. Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
  2. Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungka n (menyebutnya) .
  3. Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya.
  4. Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
  5. Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.