Showing posts with label kISaH hAti. Show all posts
Showing posts with label kISaH hAti. Show all posts

Tuesday, February 26, 2013

SiKaP


kadangkala untuk lebih mengenali orang lain kita simpan sebentar sifat sebenar kita...

cuba sebentar menjadi dirinya atau lebih rendah dari itu...
dengan itu dia akan menunjukkan sikap sebenarnya...
percayalah manusia akan cuba menjadi setinggi mungkin selagi dia tahu ketinggian sebenar kita..
kepura-puraan itu tidak pernah abadi :)

Monday, December 31, 2012

SeLaMaT TiNgGaL 2012 N SeLaMaT DaTaNg 2013

HAI ASSALAMUALAIKUM n SALAM SEJAHTERA

Ini adalah entry terakhir untuk tahun 2012.
ia hanya akan jadi sejarah yang tak mungkin dapat diulangi semula.
terima kasih kepada semua yang telah menyinari hidupku sepanjang tahun ini.
terlalu banyak yang saya belajar dari kalian..
pahit manis yang kita lalui bersama pasti akan saya kenang hingga akhir hayat ini Insyaallah..
yang manis itu tetap akan menjadi manis..
dan yang pahit itu juga tetap akan menjadi pahit..
terlalu banyak perkara berlaku pada tahun ini dan alhamdulillah berkat usaha, doa dan tawakkal saya berjaya menempuhnya..
tahun ini juga banyak mengajar saya erti sebuah kehidupan sebenar dan saya rasa saya sudah cukup dewasa untuk menghadapinya INSYAALAH.
buat insan yang mengenali saya telahpun memaafkan kalian semua tidak ada lagi dendam atau benci dalam hati ini hanya ingin mulakan tahun 2013 ini dengan aura positif.
satu pesanan sebelum mengakhiri tahun ini
jangan pernah melabuhkan janji andai tidak mampu menepati..
pencarian sesuatu yang sempurna takan pernah berakhir kerana hanya ALLAH itu maha sempurna..
AZAM tahun baru saya cukuplah sekadar menjadi insan yang terbaik dimata yang maha pencipta Insyaallah hanya DIA yang maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya.

#saya berbangga kerana sepanjang 22 tahun n 23 tahun sebentar sahaja lagi tak pernah sekalipun join new year celebrataion alhamdulillah ALLAH masih melindungi..


♥ ♥♥ ♥SELAMAT TAHUN BARU 2013♥ ♥♥ ♥

Sunday, December 30, 2012

MaNusiA(sAyA) MuDaH luPa

kerana kesibukan melampau akibat exam tiga paper sekaligus hidup saye jadi mcm disaster
hbis semuanya hancur lebur...
mujurlah tuhan permudahkan urusan harap semua paper tu boleh skor...
kaedah penyelidikan, hubungan industri dan finance kebetulan ketiga-tiga paper tue adalah paper yang bukanlah mudah bagi seorg student yang sederhana iQnya mcm saye nie..
akhirnya saye berjaya juga lalui ketiga-tiga paper tue n now rasa MERDEKA!!!
wlaupun sebenarnya ada lagi 3 paper.. nGee..

tkpe la itu kita tolak ketepi dulu tapi sekarang saye nak ceritakan ttg diri saye yang tersangatlah PELUPA nie
seriously rasa bersalah sangat pada insan yang amat saye sayang n cintai PUAN RAFIDAH BT HARUN

Tanggal 29 disember yang lalu adalah hari lahir beliau yang ke 66 dan saye langsung tak ingat usahkan nak bagi hadiah nak wish pun saye lupe...
serius exam buat otak saye tk dpt berfungsi dengan baik...
kepada yang membaca tolong doakan mak saye diberi kesihatan yang baik dan panjang umur dan juga sentiasa berada di bawah rahmat Allah..
i really love my mum...
semalam semalaman tak leh tidur akibat kelupaan saye nie..
mujurlah Allah beri saye kesempatan untuk saye tebus semula rasa bersalah tu..


MAK SELAMAT HARI LAHIR


Wednesday, December 12, 2012

KiSaH sEmAlaM



ya Allah tabahkan lah hati aku untuk melalui semua dugaan ini..
rasa tak mampu lagi nak menghadapi..
but i need to be strong untuk buktikan pada dunia aku bukanlah lagi wanita yang lemah itu..
tapi kadang2 kisah semalam buat kita rasa takut dan kita rasa kita tak layak untuk bahagia di depannya..

Monday, November 19, 2012

Rapuh


rapuh..
suke sangat dengar lagu nie
boleh buat hati jadi tenang kalu tengah serabot tue
biasa la aku nie cpt sikit emosinya bercelaru padahal benda kecik je pun..
pehal pulak share ttg lagu nie kan 
tapi seriusly sebagai manusia yang yang jiwanya mudah berubah sangat rapuh hati kita
mudah sangat kita terbabas dari landasan yang sepatutnya kita lalui
sebab kerapuhan hati kita juga macam-macam masalah berlaku sekarang.
kes rompakan kerana inginkan kekayaan yang mudah.
kes buang bayi kerana ingin buktikan cinta
kes bunuh diri akibat tekanan kehidupan
kes pembunuhan yang berleluasa kerana inginkan kuasa
semuanya bermula dari hati kerapuhan hati kita pada pencipta kita.
semoga kita semua mampu mengubati hati-hati yang bermasalah ini dalam diri kita sendiri..

Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka
Tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan
Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata
Ku persembahkan kepadaMu
Yang terindah dalam hidupku

Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMu
Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaiMu
Dalam dada ku harap hanya
Dirimu yang bertakhta
Detik waktu terus berlalu
Semua berakhir padaMu

Wednesday, June 27, 2012

mEnCaRi

dalam hidup nie kadang-kadang kita perlu ambil masa bersendirian..
percaya tak kata saya..
kerana pada masa itu kita akan dapat rasa siapa diri kita yang sebenar tanpa dipengaruhi oleh orang sekeliling..
pada masa tue jugak kita akan tahu siapa yang kita perlukan dalam hidup dan apa yang benar-benar kita perlukan dalam hidup..
muhasabah diri kembali kanapa kita berada di sini dan apa tanggungjawab kita..
jiwa remaja kita selalu membawa kita selalu tersasar di landasannya..
percaya atau tidak juga menyayangi diri sendiri lebih baik dan bermakna hidup kita akan lebih bahagia..
jangan terlalu bergantung pada orang lain kerana hati dan keinginan kita sering berbeza..
tanya pada diri
1.mengapa kita disini
2. untuk siapa kita harus berbakti
3.adakah kita berada pada landasan yang tepat
4. cari kembali apa yang hilang dalam diri
5. kita adalah kita tiada apa yang mampu merubah diri kita kecuali diri kita sendiri
6.cuba bersyukur dengan apa yang ada.
7. perbaiki kelemahan diri


hidup dan nyawa yang adalah anugerah ALLAH hargailah anugerah ini sebaiknya..

Monday, June 25, 2012

♥ BIAR DIA TAHU, SAYA TAK KISAH ♥

♥ BIAR DIA TAHU, SAYA TAK KISAH ♥

Biar dia SALAH SANGKA... Biar dia SALAH ANGGAP... Biar dia SALAH MENDUGA... Biar dia TAHU YANG BURUK... Sebelum MENGHARAP yang baik-baik...

Kalau dia IKHLAS, dia akan sedia MENERIMA KEKURANGAN yang ada, dari hanya mengharap yang baik dan sempurna...

Apa guna menghabiskan masa menunjukkan kebaikan, bila dia TIDAK BOLEH MENERIMA KELEMAHAN DAN KEKURANGAN ? Biar dia tahu saya tak pandai itu, saya tak pandai ini...

Biar dia tahu, saya mungkin tak dapat memenuhi EXPECTATION dia yang tinggi melangit itu... Biar dia tahu, saya pernah punya MASA LALU, namun saya masih punya MASA HADAPAN...

Biar dia tahu, biar dia buat keputusan supaya dia tidak rasa TERTIPU, supaya dia tidak menyesal kelak...

So, tak kisahlah... Ada jodoh ada lah kan (^_^) Saya lebih prefered dilihat sebagai diri saya yang tak sempurna... Biarlah mereka tahu saya tidak tahu itu, tidak tahu ini, dari mereka melihat kesempurnaan saya yang konon maha sempurna.. 



I'm glad to be me even it's hard to be me (^_^)

Sunday, June 24, 2012

mY FiRsT PeT



untuk pengtahuan korang aku nie bukan la jenis yang suka binatang..
walaupun kat umah tue ada kucing tapi tak pernah pulak aku nak sentuh Apatah lagi nak usap n nak cium2..
aku mmg tak suke kucing..
tapi entry nie aku bukan la nak cerita pasal kucing tapi nak story ttg binatang pertama yang aku bela..
hahahah iaitu  IKAN ( ikaN Ni Pet kEr?? nOt sUrE nGeE...)  nie la dua ekor ikan yg aku ambik dr akuarium abg aku..
ikan nie sebenrnya makanan untuk2 ikan2 yg abg aku bela..
tetiba lak hati aku terpaut dengan kecomelan ikan2 nie..
aku pun dengan penuh semangat ambik la dua ekor letak dalam balang kuih mak aku hahhaa..
dah nampak cm ikan nie stabil je aku start la mula cari batu konon tempat ikan nie tidur
ikan tidur atas batu ker?? entah la aku teka je..
dah dua tiga hari baru la aku belikan akuariun yg comel nie kononnya mudah la nak angkut balik kolej
tapi hasrat aku terbantut bila mak aku ckp sape nak tolong tukar air nanti ERKK..
tetiba otak aku terfikir hahhah iye la aku mmg penakut walaupun dengan ikan..
lagi satu mana pulak aku nak cari air nak ganti air ikan nie..
ikan nie tak leh guna air paip dia mati sbb mybe klorin tinggi sangat..
aku guna air tapi (AIR BEYOND zhulian punya)
so terpaksa la tinggalkan je ikan nie kat rumah..
so mak aku la memikul tanggungjawab menjaga ikan2 nie wktu aku takde..
dipendekkan cerita setelah hampir sebulan lebih aku tak balik ikan tue still sihat walafiat sehingga lah sampai satu hari aku nak balik dah sbb cuti study week (yg aku buat sendiri) 
sampai je depan pintu mak aku terus tarik tangan aku masuk bilik 
mak aku tunjuk IKAN AKU DAH MATI..
baru je pagi td yg aku balik tu..
aku nak nagis tapi tak jadi sbb tgk mak aku nagis dulu..
hahaha mak aku sanggup tak buang ikan tue event dah kembung2 perut dia just bcoz nk tunjuk kat aku..
tp yg paling surprise mak aku dah sediakan ikan yg baru untuk ganti ikan tue..
tp umur mereka juga tak panjang seekor demi seekor mati..
so now i decide TAK NAK ADA PET lagi..
bela anak patung g best takde mati2..


Saturday, June 23, 2012

HATI..

ingin sekali rasanya berkongsi tentang hati...

sampai bila nak begini..
terlalu bergantung pada kisah semalam..
aku tak mahu lagi menjadi wanita yang menangis sebelum tidurnya...
tapi kenangan itu masih buat hati ini terluka..
itulah aku yg sgt rapuh hatinya..
tak mampu nak menatap mereka bahagia..
tapi apa yg aku rasa hari ini aku harap tidak akan aku rasai lagi kemudiannya...
tuhan padamkan la semua kenagan lalu yg pedih itu..
aku tahu jika aku tiada sesiapa allah itu selalu disampingku..