Monday, December 31, 2012

SeLaMaT TiNgGaL 2012 N SeLaMaT DaTaNg 2013

HAI ASSALAMUALAIKUM n SALAM SEJAHTERA

Ini adalah entry terakhir untuk tahun 2012.
ia hanya akan jadi sejarah yang tak mungkin dapat diulangi semula.
terima kasih kepada semua yang telah menyinari hidupku sepanjang tahun ini.
terlalu banyak yang saya belajar dari kalian..
pahit manis yang kita lalui bersama pasti akan saya kenang hingga akhir hayat ini Insyaallah..
yang manis itu tetap akan menjadi manis..
dan yang pahit itu juga tetap akan menjadi pahit..
terlalu banyak perkara berlaku pada tahun ini dan alhamdulillah berkat usaha, doa dan tawakkal saya berjaya menempuhnya..
tahun ini juga banyak mengajar saya erti sebuah kehidupan sebenar dan saya rasa saya sudah cukup dewasa untuk menghadapinya INSYAALAH.
buat insan yang mengenali saya telahpun memaafkan kalian semua tidak ada lagi dendam atau benci dalam hati ini hanya ingin mulakan tahun 2013 ini dengan aura positif.
satu pesanan sebelum mengakhiri tahun ini
jangan pernah melabuhkan janji andai tidak mampu menepati..
pencarian sesuatu yang sempurna takan pernah berakhir kerana hanya ALLAH itu maha sempurna..
AZAM tahun baru saya cukuplah sekadar menjadi insan yang terbaik dimata yang maha pencipta Insyaallah hanya DIA yang maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya.

#saya berbangga kerana sepanjang 22 tahun n 23 tahun sebentar sahaja lagi tak pernah sekalipun join new year celebrataion alhamdulillah ALLAH masih melindungi..


♥ ♥♥ ♥SELAMAT TAHUN BARU 2013♥ ♥♥ ♥

No comments:

Post a Comment