Wednesday, June 27, 2012

LaSt DaY SeM 4

alhamdulillah tamat sudah semesta 4 yg penuh mencabar nie..
seriusly sem nie adalah yg paling stress dan aku balik banyak bazir air mata gara2 assignment..
tunggu result tgk mcm mana sgt berharap takde paper yg sangkut terutama STAT GUN n AKAUN la..
mmg rasa nak pecah jantung kalu ingat sal dua subjek tue...
tp aku still tak bg 100% effort untuk subjek tue nGEEE..

so sem depan kira tahun akhir aku kat sini la INSYAALLAH..
2 sem je lagi..
kepada my X ROOMATE CIK SITI FARADILA

 i wish U ALL THE BEST in your career k..
jangan lupe saya kalu ada jodoh kirim2 la kad jemputan ke sini..
insyaallah PERAK dengan KELANTAN tak la jauh mana..
ANYWAY thanks untuk NOVEL tue.. 
RASA cm terharu pulak..
BUT i dont have anything to give U now..
tak ingat pulak nie sem akhir KAK FARAH..
nanti kalu CONVOCATION DAY contact saye k..
nak ambik berkat..

to all my frend saya meminta ampun dari hujung rambut ke hujung kaki andai ada salah silap sepanjang kita kenal...
 i wish all of you the best insyaallah..


JUMPE LAGI SEM DEPAN
(buat yg ambik intersesi 2 minggu lagi kita jumpa la ngeee)

*entry nie ditulis setengah jam ag nak keluar ke stetsen bas so ayat agak tunggang langgang hahah..

DeJaVu

Dejavu di kinabalu..

tue la cite yang akan aku tanggu kat tonton start pas magrib aku akan refresh dan berharap diorg upload cepat dalam tonton biasanya around 8.30 ada dah la..
cite nie cam best sgt jalan cerita dia macm lain sikit la dari cite2 melayu yang lain..
pelakon dia pulak tersangat la suweeetttt.. terutama watak Nazim Othman..

tetiba aku rasa mcm cair gile tgk dia (biasala pompuan nie la kelemahan aku kalah ngan laki romantik nie)
hahahah cam sengal jew..
n then lagu dia pun sangat best upenya lagu indon 

Melly Goeslow dengan Andhika Pratama



dalam duk hari2 tengok cite nie baru aku terfikir waktu dekat episode 5 DEJAVU nie apa??
apa lagi tanya encik GOOGLE la..
jumpe la nie..

Fenomena Deja Vu Misteri



Pernahkan anda mengunjungi sebuah rumah untuk pertama kalinya dan tiba-tiba anda merasa familiar dengan rumah tersebut? Atau pernahkah anda berada dalam suatu peristiwa ketika tiba-tiba anda merasa bahawa anda sudah mengalaminya walaupun anda tidak dapat mengingati bila? Itulah DEJAVU, salah satu fenomena misteri dalam kehidupan manusia.

Definisi Deja Vu
Deja vu berasal dari kata Perancis yang bererti “telah melihat“. Kata ini mempunyai beberapa turunan dan variasi seperti deja vecu (telah mengalami), deja senti (telah memikirkan) dan deja visite (telah mengunjungi). Nama Deja Vu ini pertama kali digunakan oleh seorang ilmuwan Perancis bernama Emile Boirac yang mempelajari fenomena ini tahun pada 1876.


terungkai la segala misteri
 bila duk fikir-fikir rasa macam kita pun biasa je alami benda ni n dari sudut islam pun aku penah la dengar yang kita sebelum dilahirkan kita telah dihantar ke luh mahfuz dan dipertontonkan apa yang akan kita lakukan kat dunia nie. apabila kita selesai tgk semua perjalanan kita baru lah kita di hanta ke dalam rahim ibu, so sbb tue la kita sering rasa kita pernah mengalami sesuatu perkara tue.

wallahhualam..


mEnCaRi

dalam hidup nie kadang-kadang kita perlu ambil masa bersendirian..
percaya tak kata saya..
kerana pada masa itu kita akan dapat rasa siapa diri kita yang sebenar tanpa dipengaruhi oleh orang sekeliling..
pada masa tue jugak kita akan tahu siapa yang kita perlukan dalam hidup dan apa yang benar-benar kita perlukan dalam hidup..
muhasabah diri kembali kanapa kita berada di sini dan apa tanggungjawab kita..
jiwa remaja kita selalu membawa kita selalu tersasar di landasannya..
percaya atau tidak juga menyayangi diri sendiri lebih baik dan bermakna hidup kita akan lebih bahagia..
jangan terlalu bergantung pada orang lain kerana hati dan keinginan kita sering berbeza..
tanya pada diri
1.mengapa kita disini
2. untuk siapa kita harus berbakti
3.adakah kita berada pada landasan yang tepat
4. cari kembali apa yang hilang dalam diri
5. kita adalah kita tiada apa yang mampu merubah diri kita kecuali diri kita sendiri
6.cuba bersyukur dengan apa yang ada.
7. perbaiki kelemahan diri


hidup dan nyawa yang adalah anugerah ALLAH hargailah anugerah ini sebaiknya..

Monday, June 25, 2012

♥ BIAR DIA TAHU, SAYA TAK KISAH ♥

♥ BIAR DIA TAHU, SAYA TAK KISAH ♥

Biar dia SALAH SANGKA... Biar dia SALAH ANGGAP... Biar dia SALAH MENDUGA... Biar dia TAHU YANG BURUK... Sebelum MENGHARAP yang baik-baik...

Kalau dia IKHLAS, dia akan sedia MENERIMA KEKURANGAN yang ada, dari hanya mengharap yang baik dan sempurna...

Apa guna menghabiskan masa menunjukkan kebaikan, bila dia TIDAK BOLEH MENERIMA KELEMAHAN DAN KEKURANGAN ? Biar dia tahu saya tak pandai itu, saya tak pandai ini...

Biar dia tahu, saya mungkin tak dapat memenuhi EXPECTATION dia yang tinggi melangit itu... Biar dia tahu, saya pernah punya MASA LALU, namun saya masih punya MASA HADAPAN...

Biar dia tahu, biar dia buat keputusan supaya dia tidak rasa TERTIPU, supaya dia tidak menyesal kelak...

So, tak kisahlah... Ada jodoh ada lah kan (^_^) Saya lebih prefered dilihat sebagai diri saya yang tak sempurna... Biarlah mereka tahu saya tidak tahu itu, tidak tahu ini, dari mereka melihat kesempurnaan saya yang konon maha sempurna.. 



I'm glad to be me even it's hard to be me (^_^)

Sunday, June 24, 2012

KuAla KaNgSaR

why aku buat entry ni???
becoz kat sini la tempat aku dilahirkan dan dibesarkan..
seriusly aku berbangga menjadi anak jati kuala kangsar..
KUALA KANGSAR its the best place ever!!!!
bak kata pepatah hujan emas dinegeri orang hujan batu dinegeri sendiri
 tp lebih baik hujan batu (ehhh betul ke nie??? bedal je la)
gambar2 kat bawah nie bukan aku punya ek nie hasil carian dalam encik google image
 (pinjam yea owner2 gambar)

ok the points here is aku nak cerita or nak bgtau la or boleh jgk nak tlg pomote la tempat kesayanganku ini..
2012 kAN tahun melawat perak  (cewaaahhh..)

bila korang keluar je dr highway n masuk ke simpang yang tulis KUALA KANGSAR BANDAR DIRAJA
korang akan jumpa gerbang nie..
tue tandanya korang dah sampai la kat tempat yg betul..

first sekali tempat menarik yg aku nak share of coz la ISTANA ISKANDARIAH atau ada juga yang panggil ISTANA BUKIT CHANDAN disebabkan istana inilah kuala kangsar digelar bandar diraja.
sekitar kawasan istana nie sangat cantik 
tapi dalam tak tau la kau pun tak penah masuk..


yang kat bawah nie pula ialah masjid ubudiah dekat je dengan istana kat atas tue.
masjid nie antara masjid yg tercantik kat malaysia..
ada cerita menarik disebalik pembinaan masjid nie

Dari segi latar belakang sejarahnya Masjid Ubudiah yang terletak berhampiran dengan Istana Iskandariah ini, adalah merupakan masjid nazar. Ia diasaskan oleh Sultan Idris untuk membayar nazar kerana baginda telah pulih dari penyakitnya. Semasa beristirahat dalam rawatan di Port Dickson, Negeri Sembilan, Sultan Idris Murshidul'adzam Shah I (1887-1916) telah bernazar untuk membina sebuah masjid di Bukit Chandan sekiranya kesihatan baginda pulih.
Setelah berangkat balik ke Kuala Kangsar, baginda telah menitah Kolonel Huxley dari Jabatan Kerja Raya, Kuala Lumpur, untuk mereka bentuk sebuah masjid yang hendak didirikan. Pembangunan Masjid Ubudiah bermula dari zaman Sultan Idris Murshidul Adzam Shah I, Sultan Perak ke-28.
Walau bagaimanapun pembinaannya telah tergendala apabila batu-batu marmar yang dibeli dari Negara Itali telah pecah dipijak oleh dua ekor gajah kepunyaan baginda dan Raja (Sir) Chulan Ibni Sultan Abdullah. Mengikut cerita dengan tidak semena-mena seekor gajah baginda bernama Kulub Chandan dan gembalanya bernama Kulup Sa'id telah berjuang dengan seekor gajah kepunyaan Raja Chulan bernama Kulub Gangga dan gembalanya bernama Uda Debok.
Perjuangan gajah itu telah melarat ke tempat simpanan batu marmar tersebut dan akibatnya, musnahlah batu marmar itu. Perjuangan gajah itu telah berlanjutan hingga berjam-jam lamanya, sehingga Raja Chulan sendiri datang, menyeru nama gajahnya dan memerintahkannya berhenti, maka barulah gajah itu berhenti berjuang, walaupun telah ramai orang yang cuba meleraikan gajah itu tetapi tidak berhasil.
Oleh sebab batu marmar itu telah musnah, maka terpaksalah dipesan semula dari Negara Itali. Tetapi malangnya, batu marmar yang dipesan itu telah lambat sampai oleh kerana cetusan Peperangan Dunia Pertama di Eropah. Batu marmar itu telah dibawa melalui Negara Afrika Selatan. Perbelanjaan pembinaan masjid ini adalah kira-kira $22,000.00.
Pada hari Jumaat, 26 September 1913, Sultan Idris Shah I, telah meletakkan batu asas masjid tersebut. Masjid ini telah siap dibina dan dibuka dengan rasminya oleh Sultan Abdul Jalil Karamatullah Shah (1916-1918.), Sultan yang ke-29, pada tahun 1917.


(copy paste from wikipedia malas nak taip)



yang kat bawah nie pulak adalah pokok getah tertua di malaysia 
siapa yang pernah belajar sejarah mesti ingat pokok nie ada masuk dalam buku sejarah malaysia


yang kat bawah nie pulak ialah Istana Kuning atau nama rasminya Istana Kenangan istana nie tak diduduki dah dia dah jadi muzium so korang boleh la masuk tengok sendiri
ada banyak koleksi raja-raja dalam nie.
yg menarik ttg istana nie pembinaan istana nie tak menggunakan sebiji paku pun..
dan ukiran yg ada tue pulak melambangkan senibina melayu lama..




yang kat bawah nie pulak Galeri Sultan Azlan Shah
kat sini pun menyimpan koleksi2 berharga milik sultan dan
kaum keluarganya
yang nie masuk kena bayar tapi tak sure berapa..


yang kat bawah nie pulak adalah sekolah
buat yg tak penah dtg korg mesti pelik sekolah tempat menarik ker???
hahahha nie bukan sebarangan sekolah yea..
yg first nie ialah The Malay College Kuala Kangsar
dahulunya ia hanya menerima pelajar dari golongan kerabat diraja dan golongan bangsawan
sekarag tak dah ia dah terbuka dah jadi sekolah berasrama penuh.
banyak tokoh2 negara lahir dari sini

yang nie pulak Clifford School Kuala kangsar
dulu nie sekolah inggeris siapa yang pernah belajar sejarah mesti penah dengar nama CLifford
(aku mmg peminat subjek sejarah tegar hahah)

kedua-dua sekolah nie berusia lebih seratus tahun..


yang kat bawah nie pulak jambatan sultan abdul jalil
nie jambatan sungai tau bukan laut
aku tak sure kesahihannya tp penah dgr nie jambatan sungai terpanjang n tercantik 
(kalu tak betul sila tegur yea)
jambatan nie sebaenarnya betul2 berhadapan dengan rumah aku ngeee...

nie pulak jambatan untuk kereta api nie pun antara benda2 legend la kat sini
usia tak pasti tapi ini ilah jambatan kereta api tertua kat malaysia
nama jambatan nie ialah JAMBATAN VICTORIA
jambatan nie unik dari segi senibina 
banyak gak la photographer yg dtg ambik gambar sini..



korang nampak tak apa yang aku nampak kat dalam gambar bawah nie
yes tue mmg batu nisan..
batu nisan nie mmg berada dalam masjid
menurut org tua2 semasa awal pembinaan batu nie dah dicabut tapi ia tumbuh kambali 
wallahualam..


sebenarnya pada mulanya batu nisan ini dibina kerana memperingati AL MARHUM SULTAN MANSUR SYAH 1 ada cerita menyatakan beliau mangkat di masjid ini dan ghaib oleh sebab itu nisan ini dibina untuk memperingati beliau..
ada juga yang menyatakan beliau diculik dan dilarikan ke acheh kedua2 kisan ini tak dapt saya buktikan kerana tiada bukti jelas sekadar berkongsi cerita orang tua2 di kampung saya..


ini pula meriam lama terletak diluar masjid tadi
meriam nie dipercayai boleh berbunyi sendiri apabila ada bencana.
semasa banjir besar melanda kuala kangsar meriam nie telah berbunyi dengan sendiri dan lebih menarik lagi kawasan masjid ini ketika itu tidak ditenggelami air
ia juga dipanggil meriam padam pelita..




pandangan batu nisan dari sudut dekat



ini adalah pandangan dari luar masjid kota lama kanan atau juga dikenali sebagai masjid keramat..
walaupun senibinanya tidak terlalu menarik tetpai ia menyimpan 1001 cerita

nie pulak jam besar kalu korang jumpe jam nie nie adalah macam legend gak la kalu nak cri tempat makan 
medan selera laksa dan cendol dekat je dengan jam besar nie


laksa n cendol mmg tak boleh dipisahkan la. sape yg dtg tak makan dua benda nie mmg sgt rugi..
nama popular laksa nie ialah laksa kuala 
laksa nie berbeza dengan laksa lain kerana ia ialah homemade dr tepung gandum yea bukan tepung beras
bukan laksa kering tue yea..
seriusly aku cakap mmg sedap




dan yang menarik lagi laksa kuala kangsar nie kebiasaanya orang makan dengan telur goreng
cuba la rasa nanti yea.


kalu singgah di kuala kangsar rugi la kalu tak beli labu sayong sebagai buah tangan labu sayung nie berwarna hitam sebab ia dibakar dalam jerami padi.
dalam labu nie boleh letak air tau
n air nya akan sentiasa sejuk (bukan sejuk mcm letak dlm frezz)



yang kat bawah nie pulak ialah jeti penambang 
n ada bot tue dia akan angkut penumpang dari kampung sayong ke pekan kuala kangsar
dulu nie jadi penganggkuta utama tapi semanjak ada jambatn bot nie dah bawak pelancong je la.
tapi aku rasa sekarng tak guna bot nie dah coz dgr cerita dah ganti dengan bot yg lebih moden..


hutan lipur ulu kenas 
biasa la tempat mandi manda
boleh la berkelah dengan family




kesemua kisah yang saya kongsi ini hanya pendapat peribadi maafkan saya andai ada tersalah fakta..

pesanan yea.. kalu nak cari shopping complex kat sini mmg tkde la ye... 

WELCOME TO KUALA KANGSAR


mY FiRsT PeT



untuk pengtahuan korang aku nie bukan la jenis yang suka binatang..
walaupun kat umah tue ada kucing tapi tak pernah pulak aku nak sentuh Apatah lagi nak usap n nak cium2..
aku mmg tak suke kucing..
tapi entry nie aku bukan la nak cerita pasal kucing tapi nak story ttg binatang pertama yang aku bela..
hahahah iaitu  IKAN ( ikaN Ni Pet kEr?? nOt sUrE nGeE...)  nie la dua ekor ikan yg aku ambik dr akuarium abg aku..
ikan nie sebenrnya makanan untuk2 ikan2 yg abg aku bela..
tetiba lak hati aku terpaut dengan kecomelan ikan2 nie..
aku pun dengan penuh semangat ambik la dua ekor letak dalam balang kuih mak aku hahhaa..
dah nampak cm ikan nie stabil je aku start la mula cari batu konon tempat ikan nie tidur
ikan tidur atas batu ker?? entah la aku teka je..
dah dua tiga hari baru la aku belikan akuariun yg comel nie kononnya mudah la nak angkut balik kolej
tapi hasrat aku terbantut bila mak aku ckp sape nak tolong tukar air nanti ERKK..
tetiba otak aku terfikir hahhah iye la aku mmg penakut walaupun dengan ikan..
lagi satu mana pulak aku nak cari air nak ganti air ikan nie..
ikan nie tak leh guna air paip dia mati sbb mybe klorin tinggi sangat..
aku guna air tapi (AIR BEYOND zhulian punya)
so terpaksa la tinggalkan je ikan nie kat rumah..
so mak aku la memikul tanggungjawab menjaga ikan2 nie wktu aku takde..
dipendekkan cerita setelah hampir sebulan lebih aku tak balik ikan tue still sihat walafiat sehingga lah sampai satu hari aku nak balik dah sbb cuti study week (yg aku buat sendiri) 
sampai je depan pintu mak aku terus tarik tangan aku masuk bilik 
mak aku tunjuk IKAN AKU DAH MATI..
baru je pagi td yg aku balik tu..
aku nak nagis tapi tak jadi sbb tgk mak aku nagis dulu..
hahaha mak aku sanggup tak buang ikan tue event dah kembung2 perut dia just bcoz nk tunjuk kat aku..
tp yg paling surprise mak aku dah sediakan ikan yg baru untuk ganti ikan tue..
tp umur mereka juga tak panjang seekor demi seekor mati..
so now i decide TAK NAK ADA PET lagi..
bela anak patung g best takde mati2..


LaDanG AnGgUR PerRLis

seperti yang diketahui disebabkan saya study di kedah
so tempat yang saya selalu kuar jalan2 adalah kat perlis la sebabnya uum nie betul2 di sempadan kedah n perlis.. 
so awal sem 4 yang lepas saya pergi la bersama kakak ke perlis
PADANG BESAR adalah salah satu destinasi wajib kalu g perlis tapi tak sempat nak snap gambar.
sebelum pergi padang besar otak aku n kakak aku nie berpusing pusing la mana la nak g selain kepadang besar tue.. 
so tetiba tercetus la satu idea nak ke LADANG ANGGUR..
Susah gak nak cari ladang anggur nie
mula2 setting la GPS sebab slama nie kalu g mana tak tahu jalan GPS Je pilihan terbaik..
tapi last turn righ.. turn left last2 smpai ke pejabat pertanian perlis 
semenjak tue mmg tak percaya dah GPS
so pusing punya pusing ternampak la tasik timah tasoh
sah2 mmg salah jalan la nie nak hilangkan stress turun la ambik gambar..
ni la hasilnya cantik kan tp sayang food court kat situ mcm terbiar je..



atas bantuan pak cik guard kat pejabat pertanian tadi akhirnya jumpe jugak la Ladang anggur nie.
buat sesiapa yang nak pergi kalu korg nak cri signboard mmg tkde la (tak tau la kalu kitorg yg tak nampak)
but blh ikut sign board yg tulis PUSAT KECEMERLANGAN HARUMANIS (ingat2 lupa nama nie)
ladang ni dekat je ngan tempat tue..

waktu sampai mmg takde pengunjung kat situ nak masuk kena bayar tiket 3 ringgit dewasa 2 ringgit kanak2 (kalau tak silap la)

first2 masuk terkejut beruk aku (Budjet pernah nampak beruk terkejut) tgk anggur bergayut..
dalam hati betul ke nie atau plastik hahaha..
yg kat bawah nie anggur hijau ada anggur merah jugak..




harap maaf yea kat sini tak boleh petik sentuh pun tak boleh just boleh tgk je..




rm 10 yea satu pack nie..



tapi peduli apa aku senyap2 aku pegang jugak geram gila la tgk buah kat sisni...
kalu nak beli dekat kaunter td ada satu kedai boleh la beli
serius cakap sampai sekarang tak leh lupa anggur yg aku pegang tue comel je tp SANGAT manis n RANGUP dalam kete je aku dah habiskan sebungkus dengan anak sedara aku..

sape2 yg g perlis pasnie leh la try singgah tp jangan la singgah je jangan lupe beli n MAKAN
tak rugi punya..

THE BEST AUTHOR IN MALAYSIA EVER..







Ini adalah sebahagian daripada koleksi buku abg RAM yg saya ada..
mmg sgt kagum dengan karya-karya dia..
sangat berbeza n fresh.
tak pernah menyesal bila beli buku2 tulisannya..
saya mmg gila membaca (but not buku2 ilmiah hahahah)
tp kalu nak beli mmg liat sikit la coz aku bukan dikategorikan anak org kaya..
tapi kalu buku Abg RAM nie mmg tak fikir sepuluh kali dah..
kalu dulu aku mmg rajin la ke library awam untuk pinjam buku nak baca..
but sekarg dah tkde masa bz la katekan..
so untuk beli buku dia aku tak makan pun tkpe ngeee..

impian aku lepas grad n dapat keje nanti ialah nak lengkapkan koleksi buku2 nie..

nie antara senarai koleksi beliau banyak g yg aku takde :(
ataupun kalu nnti ada jodoh nk request semua buku nie la sbgai hantaran ngeee..

1. Igauan Maut - 1995,DBP
2. Tombiruo - 1998,Alaf21
3. Ranggau - 1999,Alaf21
4. Anugerah Pertama - 2000,CESB
5. Mandatori - 2000,Alaf21
6. Semangat Hutan - 2001,Alaf21
7. Pei Pan - 2002,UPDSB
8. ADAM - 2002, Alaf21
9. Satu Janji - 2003,Alaf21
10. Tombiruo Terakhir - 2004,Alaf21
11. Rahsia Perindu - 2005,Alaf21
12. Bagaikan Puteri - 2005,Alaf21
13. Hatiku Diharajuku - 2006,Alaf21
14. Cinta Sang Ratu - 2007,Alaf21
15. Ungu Karmila - 2008,Alaf21 (dipasaran Dis 07)
16. Hijab Sang Pencinta - 2008,Alaf21 (dipasaran Okt 08)
17. Personal Justice - 2008,Alaf21
18. Mikhail - 2009,Alaf21
19. 9 Nyawa - 2010,Alaf21 (dipasaran Nov 09)
20. Cinta Sufi - 2010,Alaf21 (dipasaran Mac 10)
21. Rayyan Fantasi - 2011,Alaf21 (dipasaran Dis 10)
22. Sutera Bidadari - 2011, Grup Buku Karangkraf (dipasaran Mei 11)
23.FIKSYEN 302 
24.Sunan Musafir