Sunday, June 24, 2012

KuAla KaNgSaR

why aku buat entry ni???
becoz kat sini la tempat aku dilahirkan dan dibesarkan..
seriusly aku berbangga menjadi anak jati kuala kangsar..
KUALA KANGSAR its the best place ever!!!!
bak kata pepatah hujan emas dinegeri orang hujan batu dinegeri sendiri
 tp lebih baik hujan batu (ehhh betul ke nie??? bedal je la)
gambar2 kat bawah nie bukan aku punya ek nie hasil carian dalam encik google image
 (pinjam yea owner2 gambar)

ok the points here is aku nak cerita or nak bgtau la or boleh jgk nak tlg pomote la tempat kesayanganku ini..
2012 kAN tahun melawat perak  (cewaaahhh..)

bila korang keluar je dr highway n masuk ke simpang yang tulis KUALA KANGSAR BANDAR DIRAJA
korang akan jumpa gerbang nie..
tue tandanya korang dah sampai la kat tempat yg betul..

first sekali tempat menarik yg aku nak share of coz la ISTANA ISKANDARIAH atau ada juga yang panggil ISTANA BUKIT CHANDAN disebabkan istana inilah kuala kangsar digelar bandar diraja.
sekitar kawasan istana nie sangat cantik 
tapi dalam tak tau la kau pun tak penah masuk..


yang kat bawah nie pula ialah masjid ubudiah dekat je dengan istana kat atas tue.
masjid nie antara masjid yg tercantik kat malaysia..
ada cerita menarik disebalik pembinaan masjid nie

Dari segi latar belakang sejarahnya Masjid Ubudiah yang terletak berhampiran dengan Istana Iskandariah ini, adalah merupakan masjid nazar. Ia diasaskan oleh Sultan Idris untuk membayar nazar kerana baginda telah pulih dari penyakitnya. Semasa beristirahat dalam rawatan di Port Dickson, Negeri Sembilan, Sultan Idris Murshidul'adzam Shah I (1887-1916) telah bernazar untuk membina sebuah masjid di Bukit Chandan sekiranya kesihatan baginda pulih.
Setelah berangkat balik ke Kuala Kangsar, baginda telah menitah Kolonel Huxley dari Jabatan Kerja Raya, Kuala Lumpur, untuk mereka bentuk sebuah masjid yang hendak didirikan. Pembangunan Masjid Ubudiah bermula dari zaman Sultan Idris Murshidul Adzam Shah I, Sultan Perak ke-28.
Walau bagaimanapun pembinaannya telah tergendala apabila batu-batu marmar yang dibeli dari Negara Itali telah pecah dipijak oleh dua ekor gajah kepunyaan baginda dan Raja (Sir) Chulan Ibni Sultan Abdullah. Mengikut cerita dengan tidak semena-mena seekor gajah baginda bernama Kulub Chandan dan gembalanya bernama Kulup Sa'id telah berjuang dengan seekor gajah kepunyaan Raja Chulan bernama Kulub Gangga dan gembalanya bernama Uda Debok.
Perjuangan gajah itu telah melarat ke tempat simpanan batu marmar tersebut dan akibatnya, musnahlah batu marmar itu. Perjuangan gajah itu telah berlanjutan hingga berjam-jam lamanya, sehingga Raja Chulan sendiri datang, menyeru nama gajahnya dan memerintahkannya berhenti, maka barulah gajah itu berhenti berjuang, walaupun telah ramai orang yang cuba meleraikan gajah itu tetapi tidak berhasil.
Oleh sebab batu marmar itu telah musnah, maka terpaksalah dipesan semula dari Negara Itali. Tetapi malangnya, batu marmar yang dipesan itu telah lambat sampai oleh kerana cetusan Peperangan Dunia Pertama di Eropah. Batu marmar itu telah dibawa melalui Negara Afrika Selatan. Perbelanjaan pembinaan masjid ini adalah kira-kira $22,000.00.
Pada hari Jumaat, 26 September 1913, Sultan Idris Shah I, telah meletakkan batu asas masjid tersebut. Masjid ini telah siap dibina dan dibuka dengan rasminya oleh Sultan Abdul Jalil Karamatullah Shah (1916-1918.), Sultan yang ke-29, pada tahun 1917.


(copy paste from wikipedia malas nak taip)



yang kat bawah nie pulak adalah pokok getah tertua di malaysia 
siapa yang pernah belajar sejarah mesti ingat pokok nie ada masuk dalam buku sejarah malaysia


yang kat bawah nie pulak ialah Istana Kuning atau nama rasminya Istana Kenangan istana nie tak diduduki dah dia dah jadi muzium so korang boleh la masuk tengok sendiri
ada banyak koleksi raja-raja dalam nie.
yg menarik ttg istana nie pembinaan istana nie tak menggunakan sebiji paku pun..
dan ukiran yg ada tue pulak melambangkan senibina melayu lama..




yang kat bawah nie pulak Galeri Sultan Azlan Shah
kat sini pun menyimpan koleksi2 berharga milik sultan dan
kaum keluarganya
yang nie masuk kena bayar tapi tak sure berapa..


yang kat bawah nie pulak adalah sekolah
buat yg tak penah dtg korg mesti pelik sekolah tempat menarik ker???
hahahha nie bukan sebarangan sekolah yea..
yg first nie ialah The Malay College Kuala Kangsar
dahulunya ia hanya menerima pelajar dari golongan kerabat diraja dan golongan bangsawan
sekarag tak dah ia dah terbuka dah jadi sekolah berasrama penuh.
banyak tokoh2 negara lahir dari sini

yang nie pulak Clifford School Kuala kangsar
dulu nie sekolah inggeris siapa yang pernah belajar sejarah mesti penah dengar nama CLifford
(aku mmg peminat subjek sejarah tegar hahah)

kedua-dua sekolah nie berusia lebih seratus tahun..


yang kat bawah nie pulak jambatan sultan abdul jalil
nie jambatan sungai tau bukan laut
aku tak sure kesahihannya tp penah dgr nie jambatan sungai terpanjang n tercantik 
(kalu tak betul sila tegur yea)
jambatan nie sebaenarnya betul2 berhadapan dengan rumah aku ngeee...

nie pulak jambatan untuk kereta api nie pun antara benda2 legend la kat sini
usia tak pasti tapi ini ilah jambatan kereta api tertua kat malaysia
nama jambatan nie ialah JAMBATAN VICTORIA
jambatan nie unik dari segi senibina 
banyak gak la photographer yg dtg ambik gambar sini..



korang nampak tak apa yang aku nampak kat dalam gambar bawah nie
yes tue mmg batu nisan..
batu nisan nie mmg berada dalam masjid
menurut org tua2 semasa awal pembinaan batu nie dah dicabut tapi ia tumbuh kambali 
wallahualam..


sebenarnya pada mulanya batu nisan ini dibina kerana memperingati AL MARHUM SULTAN MANSUR SYAH 1 ada cerita menyatakan beliau mangkat di masjid ini dan ghaib oleh sebab itu nisan ini dibina untuk memperingati beliau..
ada juga yang menyatakan beliau diculik dan dilarikan ke acheh kedua2 kisan ini tak dapt saya buktikan kerana tiada bukti jelas sekadar berkongsi cerita orang tua2 di kampung saya..


ini pula meriam lama terletak diluar masjid tadi
meriam nie dipercayai boleh berbunyi sendiri apabila ada bencana.
semasa banjir besar melanda kuala kangsar meriam nie telah berbunyi dengan sendiri dan lebih menarik lagi kawasan masjid ini ketika itu tidak ditenggelami air
ia juga dipanggil meriam padam pelita..




pandangan batu nisan dari sudut dekat



ini adalah pandangan dari luar masjid kota lama kanan atau juga dikenali sebagai masjid keramat..
walaupun senibinanya tidak terlalu menarik tetpai ia menyimpan 1001 cerita

nie pulak jam besar kalu korang jumpe jam nie nie adalah macam legend gak la kalu nak cri tempat makan 
medan selera laksa dan cendol dekat je dengan jam besar nie


laksa n cendol mmg tak boleh dipisahkan la. sape yg dtg tak makan dua benda nie mmg sgt rugi..
nama popular laksa nie ialah laksa kuala 
laksa nie berbeza dengan laksa lain kerana ia ialah homemade dr tepung gandum yea bukan tepung beras
bukan laksa kering tue yea..
seriusly aku cakap mmg sedap




dan yang menarik lagi laksa kuala kangsar nie kebiasaanya orang makan dengan telur goreng
cuba la rasa nanti yea.


kalu singgah di kuala kangsar rugi la kalu tak beli labu sayong sebagai buah tangan labu sayung nie berwarna hitam sebab ia dibakar dalam jerami padi.
dalam labu nie boleh letak air tau
n air nya akan sentiasa sejuk (bukan sejuk mcm letak dlm frezz)



yang kat bawah nie pulak ialah jeti penambang 
n ada bot tue dia akan angkut penumpang dari kampung sayong ke pekan kuala kangsar
dulu nie jadi penganggkuta utama tapi semanjak ada jambatn bot nie dah bawak pelancong je la.
tapi aku rasa sekarng tak guna bot nie dah coz dgr cerita dah ganti dengan bot yg lebih moden..


hutan lipur ulu kenas 
biasa la tempat mandi manda
boleh la berkelah dengan family




kesemua kisah yang saya kongsi ini hanya pendapat peribadi maafkan saya andai ada tersalah fakta..

pesanan yea.. kalu nak cari shopping complex kat sini mmg tkde la ye... 

WELCOME TO KUALA KANGSAR


No comments:

Post a Comment