Wednesday, June 27, 2012

DeJaVu

Dejavu di kinabalu..

tue la cite yang akan aku tanggu kat tonton start pas magrib aku akan refresh dan berharap diorg upload cepat dalam tonton biasanya around 8.30 ada dah la..
cite nie cam best sgt jalan cerita dia macm lain sikit la dari cite2 melayu yang lain..
pelakon dia pulak tersangat la suweeetttt.. terutama watak Nazim Othman..

tetiba aku rasa mcm cair gile tgk dia (biasala pompuan nie la kelemahan aku kalah ngan laki romantik nie)
hahahah cam sengal jew..
n then lagu dia pun sangat best upenya lagu indon 

Melly Goeslow dengan Andhika Pratama



dalam duk hari2 tengok cite nie baru aku terfikir waktu dekat episode 5 DEJAVU nie apa??
apa lagi tanya encik GOOGLE la..
jumpe la nie..

Fenomena Deja Vu Misteri



Pernahkan anda mengunjungi sebuah rumah untuk pertama kalinya dan tiba-tiba anda merasa familiar dengan rumah tersebut? Atau pernahkah anda berada dalam suatu peristiwa ketika tiba-tiba anda merasa bahawa anda sudah mengalaminya walaupun anda tidak dapat mengingati bila? Itulah DEJAVU, salah satu fenomena misteri dalam kehidupan manusia.

Definisi Deja Vu
Deja vu berasal dari kata Perancis yang bererti “telah melihat“. Kata ini mempunyai beberapa turunan dan variasi seperti deja vecu (telah mengalami), deja senti (telah memikirkan) dan deja visite (telah mengunjungi). Nama Deja Vu ini pertama kali digunakan oleh seorang ilmuwan Perancis bernama Emile Boirac yang mempelajari fenomena ini tahun pada 1876.


terungkai la segala misteri
 bila duk fikir-fikir rasa macam kita pun biasa je alami benda ni n dari sudut islam pun aku penah la dengar yang kita sebelum dilahirkan kita telah dihantar ke luh mahfuz dan dipertontonkan apa yang akan kita lakukan kat dunia nie. apabila kita selesai tgk semua perjalanan kita baru lah kita di hanta ke dalam rahim ibu, so sbb tue la kita sering rasa kita pernah mengalami sesuatu perkara tue.

wallahhualam..


No comments:

Post a Comment