Saturday, June 23, 2012

hargailah selagi mereka ada..



mungkin kisah ini bukan kisah yang gembira.
aku kehilangan seorang abah ketika aku masih tak mengerti apa2..
ketika itu usiaku baru setahun lebih..
menurut emak abahku sangat penyayang beliau sangat memanjakan anak-anaknya
menurut emak lagi ketika aku dilahirkan abah sangat gembira kerana ketika itu usia abah sudah mahu menjangkau 60an..
aku dilahirkan ketika abah sudah pencen dari berkhidmat sebagai anggota polis marin..
tiada satu pun kenangan bersama abah yang aku ingat malah wajahnya juga aku tak ketahui..
hanya gambar menjadi peneman sepi..
terlalu lama aku simpan isi hati ini aku amat merinduinya
tapi tak sanggup aku khabarkan pada emak kerana aku tahu betapa emak lebih merindui abah.
sehingga hari ini emak selalu bercerita ttg kebaikan abah terlalu dalam cinta emak pada abah..
aku hanya mampu jadi pendengar setia
menurut emak abah pandai memasak jika abah ada dirumah pasti kakak dan abang2 ku mahu makan masakan abah..
emak bercerita lagi bila abah balik kerja kakak dan abang2 ku akan berlari mengejar abah..
bila hari minggu abah akan bawa mereka keluar berjalan-jalan..
bertuahnya mereka pernah melalui saat itu..
aku hanya mampu mendengar apabila mereka bercerita saat dengan abah..
kerana aku tiada apa2 yg hendak dikongsi..
aku tidak punya apa2 memori bersamanya..
ketika mereka bercerita hati aku jadi sayu..
mereka mampu bercerita saat2 dengan abah dengan gembira sekali tapi aku??
aku hanya ada sekeping gambar untuk aku simpan buat tatapan.
aku tak salahkan sesiapa aku tahu abah juga amat menyangiku seperti mana abah menyangi mereka..
menurut emak semasa aku lahir setiap pagi abah akan mendukungku dan berjalan disekeliling kampung..
ada juga jiran2 bercerita waktu saat2 trakhir abah dia masih lagi mahu mendukukngku walaupun dia telah uzur, dia minta pertolongan org untuk meletakkan aku ke dukungannya..
terima kasih abah atas kasih sayang itu...
setiap air mata yg menitis apabila teringat abah bukanlah air mata penyesalan tetapi ianya air mata yg jatuh akibat terlalu ingikan belaianmu dan merinduimu.
sampai hari ini abah, anakmu ini selalu berfikir apa rasanya bila dalam pelukan abah..
 dan dicium seoang abah..
oleh kerana aku seoranag pengawas sekolah dahulu aku sering manjaga pintu pagar sekolah pada waktu pagi...
kawan2 akan kesekolah dengan dihantar oleh ayah mereka.. dan mereka akan bersalam, memeluk dan mencium ayah mereka di situlah aku mula terfikir apakah perasaan mereka..
abah anakmu ini yakin suatu hari ini kita pasti bertemu juga walaupun bukan di dunia tapi insyaallah di akhirat sana abah tunggu yea.


(teringat sewaktu kecil selepas magrib emak selalu bawa aku keluar untuk melihat bulan menurut mak abah berada di sana)


al-fatihah buat abah DIN BIN OTHMAN
u are the great man ABAH..
SEMOGA ABAH AMAN DAN BAHAGIA DI SANA..

No comments:

Post a Comment