Saturday, June 23, 2012

hargailah selagi mereka ada..



mungkin kisah ini bukan kisah yang gembira.
aku kehilangan seorang abah ketika aku masih tak mengerti apa2..
ketika itu usiaku baru setahun lebih..
menurut emak abahku sangat penyayang beliau sangat memanjakan anak-anaknya
menurut emak lagi ketika aku dilahirkan abah sangat gembira kerana ketika itu usia abah sudah mahu menjangkau 60an..
aku dilahirkan ketika abah sudah pencen dari berkhidmat sebagai anggota polis marin..
tiada satu pun kenangan bersama abah yang aku ingat malah wajahnya juga aku tak ketahui..
hanya gambar menjadi peneman sepi..
terlalu lama aku simpan isi hati ini aku amat merinduinya
tapi tak sanggup aku khabarkan pada emak kerana aku tahu betapa emak lebih merindui abah.
sehingga hari ini emak selalu bercerita ttg kebaikan abah terlalu dalam cinta emak pada abah..
aku hanya mampu jadi pendengar setia
menurut emak abah pandai memasak jika abah ada dirumah pasti kakak dan abang2 ku mahu makan masakan abah..
emak bercerita lagi bila abah balik kerja kakak dan abang2 ku akan berlari mengejar abah..
bila hari minggu abah akan bawa mereka keluar berjalan-jalan..
bertuahnya mereka pernah melalui saat itu..
aku hanya mampu mendengar apabila mereka bercerita saat dengan abah..
kerana aku tiada apa2 yg hendak dikongsi..
aku tidak punya apa2 memori bersamanya..
ketika mereka bercerita hati aku jadi sayu..
mereka mampu bercerita saat2 dengan abah dengan gembira sekali tapi aku??
aku hanya ada sekeping gambar untuk aku simpan buat tatapan.
aku tak salahkan sesiapa aku tahu abah juga amat menyangiku seperti mana abah menyangi mereka..
menurut emak semasa aku lahir setiap pagi abah akan mendukungku dan berjalan disekeliling kampung..
ada juga jiran2 bercerita waktu saat2 trakhir abah dia masih lagi mahu mendukukngku walaupun dia telah uzur, dia minta pertolongan org untuk meletakkan aku ke dukungannya..
terima kasih abah atas kasih sayang itu...
setiap air mata yg menitis apabila teringat abah bukanlah air mata penyesalan tetapi ianya air mata yg jatuh akibat terlalu ingikan belaianmu dan merinduimu.
sampai hari ini abah, anakmu ini selalu berfikir apa rasanya bila dalam pelukan abah..
 dan dicium seoang abah..
oleh kerana aku seoranag pengawas sekolah dahulu aku sering manjaga pintu pagar sekolah pada waktu pagi...
kawan2 akan kesekolah dengan dihantar oleh ayah mereka.. dan mereka akan bersalam, memeluk dan mencium ayah mereka di situlah aku mula terfikir apakah perasaan mereka..
abah anakmu ini yakin suatu hari ini kita pasti bertemu juga walaupun bukan di dunia tapi insyaallah di akhirat sana abah tunggu yea.


(teringat sewaktu kecil selepas magrib emak selalu bawa aku keluar untuk melihat bulan menurut mak abah berada di sana)


al-fatihah buat abah DIN BIN OTHMAN
u are the great man ABAH..
SEMOGA ABAH AMAN DAN BAHAGIA DI SANA..

she is the only one i love


lovely mom
great mom
full of love
very patients
my first love 

ini mak saya namanya RAFIDAH HARUN bukan RAFIDAH AZIZ yea..
dia adalah ibu yang paling hebat dalam hidup saya..
dia berjaya besarkan saya seorang diri selepas abah pergi menghadap pencipta..
she is very great mum..
bayangkan dia pernah dukung saya sejauh entah berapa kilometer untuk bawa saya ke klinik..
mak pernah cakap kalu buatnya time saya meragam dia terpaksa bawa saya sekali ketandas kerana dia 
risau tinggalkan saya sendirian.. (nakalnya saya waktu bayi)
dia jugalah yg hantar n ambik saya di sekolah hingga dia yakin saya boleh pergi sendiri 
(dia hantar naik basikal yea bukan naik kereta)
dia juga mak yg sentiasa pastikan bila pergi sekolah saya makan bila balik sekolah dah ada makanan
hingga bila saya balik milo ais dah siap dalam peti sejuk ngee (saya mmg manja)
n sbb tue jugak la saya sihat dan kuat macam sekarg ngeee
yang paling tak boleh lupa dialah emak yang akan gosok badan saya sehingga saya tidur..
selagi saya bergerak dia akan gosok sehingga saya tidur perkara ini berlarutan hingga ketingkatan tiga
bila mencapai usia 15 tahun saya baru belajar tidur sendiri (kesian mak dapat anak mengada ngee)
semoga allah panjangkan usia mak dan sihatkan tubuh badan mak..
kuatkan ingatan mak supaya saya sempat membalas segala jasa dan budi mak..
thanks mak jasa dan pengorbanan mak takan mampu dibalas..


i want to put a smile at her face everyday..

HATI..

ingin sekali rasanya berkongsi tentang hati...

sampai bila nak begini..
terlalu bergantung pada kisah semalam..
aku tak mahu lagi menjadi wanita yang menangis sebelum tidurnya...
tapi kenangan itu masih buat hati ini terluka..
itulah aku yg sgt rapuh hatinya..
tak mampu nak menatap mereka bahagia..
tapi apa yg aku rasa hari ini aku harap tidak akan aku rasai lagi kemudiannya...
tuhan padamkan la semua kenagan lalu yg pedih itu..
aku tahu jika aku tiada sesiapa allah itu selalu disampingku..

Akhirnya aku disini

alhamdulillah berkat doa usaha dan tawakal aku dah pun berjaya masuk universiti..
sekarang aku hampir tamat tahun kedua tinggal satu paper je lagi..
hidup nie mmg indah jika kita tahu menghargainya..
i will try my best walaupun aku bukanlah antara yg TERcemerlang di sini..
insyallah dlam setahun setengah lagi aku akan memegang segulung ijazah dalam pengurusan sumber manusia..
moga allah permudahkannya..

Sunday, June 13, 2010

BANGKIT SELEPAS TERSUNGKUR..


di sini aku bangkit semula...
selepas trsungkur aku jatuh ditimpa petaka..
mgkin kerana kecuaikan, kelailaian aku serta tiada kesungguhan aku jatuh di sana.... mujur tuhan memberiku peluang kedua... aku mampu bangkit semula.... terima kasih tuhan, mak, dn kaum keluarga , mujurlah kalian ada... terima kasih cikgu menaikkan semangatku semula.. tanpa jemu kau pimpin aku hingga aku bisa menapak semula.. buat teman seperjuang trima kasih juga kpd kalian... mgkin ada dr kmu yg mula mjauhkan diri dr aku setelah aku kehausan.. tp ada juga yg msih setia hingga aku bisa mencari nafas baru.. mencari tujuan hidup dan membuktikan aku juga bisa berjaya..
walaupun kini aku bisa bangkit tp pd masa akan dtg belum tentu aku akn trus berlari.. mungin akan tersungkur semula...