Sunday, July 8, 2012

Spaghetti Bolognese Simple

resepi nie sebenarnya lain..
tapi disebabkan banyak bahan kat umah takde so aku cuba ubah resepi nie jadi sesimple mungkin ikut just bahan2 yang ada kat rumah..

jom try simple gile n dijamin sedap (bagi taste buds yg same cam aku la hahaha..)

bahan2

spaghetti 250g
minyak (kalau ada minyak zaitun lagi bagus)
butter
air
garam 
gula 
sos prego tradisional 1 tin kecik
daging cincang 250g (saya guna daging biasa je cincang halus2)
bawang putih 1 biji cincang halus
bawang merah 1 ulas cincang halus
susu segar 200 liter

first panaskan air masukkan dua camca kecik garam dan satu sudu minyak masak then masukkan spaghetti biar sampai lembut (masa berbeza mengikut jenama ) agak2 je la bila dah lembut angkat n toskan.

then cara buat kuahnya
panaskan minyak bersama butter bila dah panas masukkan bawang putih n bawang merah jangan biar garing bila nampak layu je masukkan daging cincang tadi masukkan n masak sampai empuk 
n masukkan pula susu kuatkan api sedikit n biar sampai susu nampak telah diserap oleh daging
then masukkan sos prego n guna tin tue ambik 1 tin air masukkan n reneh sampai nampak pekat..
tambah gula n garam secukup rasa

then siap bolehlah disajikan

pesanan--------> boleh je tambah carrot,batang celery n cendawan butang before masuk sos prego tue biar sampai empuk baru masuk sos tu saya tak suke sbb tu tak letak..




inilah hasilnya

simple n easy selamat mencuba

CrEaM PuFf

start minat pada cream puff nie bila tengok cerita jepun...
tajuk apa ntah tpi cite dia mcm dia cipta robot lelaki untuk jadikan pasangan hidup..
dalam cite tue heroin pompuan buat kuih nie....
sejak tue la kau rasa mcm sedap tul kuih nie( padahal tgk je bukan rasa pun)

one day ari tue g genting makan tengah hari kat cafeteria apa ntah tak perasan lak ada la kuih nie aku pun mmg nie la aku p ambik dulu, mula ambik satu je pastue bila dah sedap mmg tue je la aku bedal wat tebal muke je la peduli apa bukan ada org kenal pun hahaha..
nampak tak dalam pinggan putih tue tu la yg aku makan kat cafeteria tue..

then aku tekad bila balik nak try buat...
apa lagi menGOOGLE la cri resepi terbaik 
so nie la resepi yg aku try..

bahan-bahan untuk puff dia tue

100ml air
45g butter
60g tepung
2 biji telur


first masukkan butter n air dalam periuk n masak dgn api sederhana..
bila dah mendidih tutup api masukkan tepung cepat2 sedikit demi sedikit
gaul rata..
then bila dah rata adunan tue panaskan semula smpai nampak kepingan mula melekat sedikit pada periuk
tutup semula api n masuk telur cepat2 n gaul rata..
then panaskan dulang sapu minyak sedikit
masukkan bancuhan dalam piping beg (saya guna plastik yg ditebuk je hahaha)
tekan dalam dulang bagi bentuk cm crean puff tue la
jarakkan nanti takut melekat tak cntik lak tekan sikit tanduk atas tue n sembur air sikit.(kalu tkde penyembur basahkan sikit jari n tekan2 je tapi jangan kuat sgt t hilang bentuk lak..
then masukkan dalam oven n bakar dengan suhu 200 dalam agak2 15 minit bila dah mula perang turunkan suhu 150 dalam 5 minit agak2 la bila nampak dah ok angkat n sejukkan.

now buat cream dia lak

bahan-bahan

1sudu besar tepung gandum
1sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
200cc atau 1 cup susu segar
1 biji telur
1 sudu besar mentega

masukkan tepung gandun, tepung jagung gula dan beberapa sudu susu n gaul rata
masukkan kedalam periuk dan masak dengan api kecil
then masukkan baki susu tadi dan kacau lagi sampai pekat
bila dah nampak pekat sikit masukkan mentega then tutup api
siap..

bila kedua2 dah sejuk potong sikit puff tue masukkan la cream dalamnya
sekarang sedia untuk dihidang..


nie la hasil yang aku buat bentuk sangat teruk la (aku sendiri tgk bentuk nie pun aku malu hahaha)
 (aku bukan tangan seni hahaha tpi rasa boleh la untuk cubaan pertama hahah..)



selamat mencuba

Wednesday, July 4, 2012

pUdiNg KaRamEl

nak share satu resepi dessert yg pasti aku akan buat bila balik rumah...
entah kenapa suka sgt puding nie (mana tak tembam hahaha)
mungkin salah satu sebab dia ringkas, bahan2 sure ada kat umah n yang paling penting LAZAT..
akibat dah terlalu expert kononnya buat puding nie tadi terlupa nak tutup dulu sebelum kukus habis bintik2 n jadi kembang semangkuk (mcm tuan dia)..

but still sedap lg...
ok buat sape2 yang nak try nie resepi dia...

bahan2:

5 biji telur ayam (3 biji ambil penuh dua biji just ambik kuning je)
5 sudu gula halus
5 sudu gula
susu cair satu tin
esen vanila
air

cara memasak:

firstly ambil lima sudu gula n beberapa sudu air buat dulu gula hangus dia...
caranya ambil satu periuk kering masukkanla gula dalam periuk tue n letak sedikit air n gaul smapai perang n likat...
then letak la gula yg dah siap dalam loyang ratakan n letak tepi..

second, ambil kesemua telur tadi pukul sampai kembang masukkan gula halus sedikit demi sedikit..
ketepikan juga.

third panaskan susu cair tadi bersama esen vanila dalam satu susu teh.
tapi jangan sampai menggelegak agak2 dalm 60 degree celcius je (agak2 je la)

tuangkan susu dalam yang dah dipanas tadi dalam telur n gula n gaul bagi rata...

n then masukkan adunan tue dalam loyang yang ada gula hangus tadi..

kukus dalam 30 minit..
tap jangan lupa tutup loyang tue dengan aluminium foil atau penutup periuk bagi rapat betul2 n then pengukus pun jangan lupa tutup..

bila dah siap terbalikkan la dalam pinggan n then nak sedap lagi masuk dalam peti sejuk sekejap..

(boleh jugak nak hias dengan buah buahan segar n gula kalu tak nak manis sgt boleh kurangkan)

selamat mencuba..

Wednesday, June 27, 2012

LaSt DaY SeM 4

alhamdulillah tamat sudah semesta 4 yg penuh mencabar nie..
seriusly sem nie adalah yg paling stress dan aku balik banyak bazir air mata gara2 assignment..
tunggu result tgk mcm mana sgt berharap takde paper yg sangkut terutama STAT GUN n AKAUN la..
mmg rasa nak pecah jantung kalu ingat sal dua subjek tue...
tp aku still tak bg 100% effort untuk subjek tue nGEEE..

so sem depan kira tahun akhir aku kat sini la INSYAALLAH..
2 sem je lagi..
kepada my X ROOMATE CIK SITI FARADILA

 i wish U ALL THE BEST in your career k..
jangan lupe saya kalu ada jodoh kirim2 la kad jemputan ke sini..
insyaallah PERAK dengan KELANTAN tak la jauh mana..
ANYWAY thanks untuk NOVEL tue.. 
RASA cm terharu pulak..
BUT i dont have anything to give U now..
tak ingat pulak nie sem akhir KAK FARAH..
nanti kalu CONVOCATION DAY contact saye k..
nak ambik berkat..

to all my frend saya meminta ampun dari hujung rambut ke hujung kaki andai ada salah silap sepanjang kita kenal...
 i wish all of you the best insyaallah..


JUMPE LAGI SEM DEPAN
(buat yg ambik intersesi 2 minggu lagi kita jumpa la ngeee)

*entry nie ditulis setengah jam ag nak keluar ke stetsen bas so ayat agak tunggang langgang hahah..

DeJaVu

Dejavu di kinabalu..

tue la cite yang akan aku tanggu kat tonton start pas magrib aku akan refresh dan berharap diorg upload cepat dalam tonton biasanya around 8.30 ada dah la..
cite nie cam best sgt jalan cerita dia macm lain sikit la dari cite2 melayu yang lain..
pelakon dia pulak tersangat la suweeetttt.. terutama watak Nazim Othman..

tetiba aku rasa mcm cair gile tgk dia (biasala pompuan nie la kelemahan aku kalah ngan laki romantik nie)
hahahah cam sengal jew..
n then lagu dia pun sangat best upenya lagu indon 

Melly Goeslow dengan Andhika Pratama



dalam duk hari2 tengok cite nie baru aku terfikir waktu dekat episode 5 DEJAVU nie apa??
apa lagi tanya encik GOOGLE la..
jumpe la nie..

Fenomena Deja Vu Misteri



Pernahkan anda mengunjungi sebuah rumah untuk pertama kalinya dan tiba-tiba anda merasa familiar dengan rumah tersebut? Atau pernahkah anda berada dalam suatu peristiwa ketika tiba-tiba anda merasa bahawa anda sudah mengalaminya walaupun anda tidak dapat mengingati bila? Itulah DEJAVU, salah satu fenomena misteri dalam kehidupan manusia.

Definisi Deja Vu
Deja vu berasal dari kata Perancis yang bererti “telah melihat“. Kata ini mempunyai beberapa turunan dan variasi seperti deja vecu (telah mengalami), deja senti (telah memikirkan) dan deja visite (telah mengunjungi). Nama Deja Vu ini pertama kali digunakan oleh seorang ilmuwan Perancis bernama Emile Boirac yang mempelajari fenomena ini tahun pada 1876.


terungkai la segala misteri
 bila duk fikir-fikir rasa macam kita pun biasa je alami benda ni n dari sudut islam pun aku penah la dengar yang kita sebelum dilahirkan kita telah dihantar ke luh mahfuz dan dipertontonkan apa yang akan kita lakukan kat dunia nie. apabila kita selesai tgk semua perjalanan kita baru lah kita di hanta ke dalam rahim ibu, so sbb tue la kita sering rasa kita pernah mengalami sesuatu perkara tue.

wallahhualam..